Monday, May 2, 2011

My "Personal"

Lama sudah tidak aktif dalam ni blog..HAHAH! sudah kasitau itu kawaan..bukan slalu ni saya tulis dlm ni blog..hehe tapi mmg plan saya pun mahu simpan blog ni...well, mungkin sampai seumur hidup saya.. x tau..tp mungkin..hOhO Wallahualam.. Orite!! Topik dlm ni post ada sdikit janggal itu sama saia.. Serius, saya x suka ckp psl ini bnda.. Pasal hal2 yg agak pribadi... terlalu peribadi untuk saya lah.. Walaupun ada juga beberapa kawan rapat yg saya cerita kan pasal benda ni.. tapi belum ada lagi yang tahu 100% pasal saya.. Benar, saya boleh jadi agak perahsia.. Tidak saya tidak akan luahkan semuanya apa yang saya rasa.. kalau betul lah saya macam tu, things wont be pretty ma fren!! XD Hehe walaupun ada cerita dia disebalik semua itu...



Cerita tu berbalik kepada semasa saya time tingkatan 5.. Zaman kegemilangan bah itu..hehe Subjek Pendidikan Islam.. Bab mengenai Imam Syafiee.. Sebahagian besar baca pasal bab ni mengubah personaliti ku.. Suatu yang sangat simple yang mengubah sebahagian besar di dalam diri..beberapa perkataan jak statement tu.. sudah membuat kan saya berfikir selama beberapa tahun sampai sekarang setiap kali saya ingin menyampaikan sesuatu.. Di bawah topik kecil yang menyenaraikan beberapa  kelebihan Imam Syafiee tersebut.. Ini dia statement yang membawa impak terbesar di dalam diri.. "Berkata-kata apabila perlu".. Hurmm.. membuatkan saya berfikir.. apabila perlu..apabila perlu.. Hanya yang berfaedah.. Bukan omongan kosong.. Tidak pasti apa punca dia, tapi ianya membuatkan saya secara tidak sedar ingin mencontohi si kawan.. Jadiiii, jangan harapkan saya akan mengadu atau komplen.. pasal benda tu tidak akan mengubah pun suatu masalah tersebut.. Jangan harapkan sebarang kritikan dari saya.. benda tu tidak akan mengubah pun ciri2 seseorang atau sesuatu benda itu.. Jangan harapkan saya cerita kan "Sesuatu peribadi" pasal diri saya.. Pasal menceritakan semua itu tidak akan membawa sebarang faedah pun samada untuk anda atau pun saya.. Anda tidak akan dapat pun mengubah diri saya.. Nasihat?? Tidak saya perlukan... Untuk baiki diri saya sendiri pun, saya cuma harapkan diri saya sendiri melalui pengalaman sebenar di dunia realiti yang sebenar.. Kita kadang2 boleh tersilap sebagai seorang manusia.. kita kadang2 juga perlu untuk menipu..  bdasarkan konsep kita ini lah manusia yang menyebabkan saya tidak percaya kebanyakan orang lain selain diri saya sendiri.. Bukan tujuan untuk merendahkan orang lain.. tidak.. saya sangat hormati orang lain yang telah banyak menempuhi banyak situasi yang lain yang tidak pernah saya tempuhi..  saya sangat hormati orang yang berpengalaman.. tapi, benarkan saya mempelajari semua itu sendiri..  Dan semua itu apa yang ada di dalam kepala saya menceritakan sebab ketidaksenangan menaip post ini.. haha mencuba untuk berlaku tabah.. berlaku degil.. berlaku ego.. berlaku hebat.. Seterusnya, Ini lah "Tapi" dia..





Walaupun sebenarnya, ada juga beberapa kali saya sendiri rasa saya perlukan pertolongan dari orang lain.. Saya memang sebenarnya... masih seorang manusia.. menjadi sifat semulajadi saya bahawa sebenarnya daalaaammmm diri saya... dalaaaaam sedalam2 nyaaa... seorang yang sensitif.. juga emosional... dua sifat yang saya telah mencuba berkali2 menentang.. tapi memang tiap kali itu juga gagal... Saya seorang yang selalu  berlaku kontra terhadap diri sendiri... Apa yang kepala saya bilang tidak semestinya dipersetujui apa yang hati saya bilang.. Ini apa yang 'hati' saya bilang... atas tu 'kepala' saya... Saya harus mengaku.. adakala nya saya sendiri pun rasa terlalu lemah.. mengalami breakdown beberapa kali.. kebanyakannya emosional...jarang mengenai keluarga.. kadang2 psl rakan.. tapi selalu pasal perasaan.. juga pasangan.. Ada lah juga mempertimbangkan untuk jumpa kaunselor.. hahah! Serius bah! tidak pula saya percaya tuh saya akan jumpa seseorang mcam tu untuk meminta bantuan..aduuii.. memang 'kepala' saya betul2 rasa hampa lah itu sma itu diri.. jadi, tidak pula sampai sekarang saya pernah buat begitu.. nampak sangat2 lah terasa lemah.. 'kepala' saya tidak dapat terima tu hakikat dia macam tu.. habis jatuh self-esteem ku nanti.. jadi, saya tidak dapat jadi macam tu.. biarlah sakit macamana pun.. sudah juga saya bilang, benarkan saya mempelajari semua itu sendiri.. 




Topik pasal pasangan macam best pulak kan mahu diceritakan?? hahax XD tapi kawan, aisyemen... tidak boleh pulak tu tau..hehe mestilah kena hormati si kwn punya privasi.. psl hal peribadi saya ni, bukan saya seorang juga tpi melibatkan sama si kawan tu.. jadi, sblum crita bnda ni, mstilah saya kena minta izin dlu sma si kawan.. ex-pasangan pun sudah..sekarang tgh single.. plan mmg mau jadi single pun sampai ke rumah tangga... kapel tu cuba untuk dijauhkan... mmg itu sebab dia pun saya jadi macam ni..banyak masalah emosi kalau balik2 fikir pasal masalah hubungan... aduii.. kawin lagi selamat..tapi ckp psl kawin ni bukan senang bah.. persediaan kewangan, rohani, fizikal, mental tu sangatlah penting kawan.. Mahu harapkan parents sponsor majlis perkahwinan sendiri??? aihhh..palinglah bidak tu tau.. pathetic..serius.. haha mesti saya yang urus semua tu.. pasal saya jadi raja sehari tu lah saya mau urus semua..hahah XD bah2 sudah pasal kahwin..umur saya 20 bah sudah.. apa salah pikir pasal kawin.. haha bkn mau kawin lagi pun.. banyak lagi saya belum capai nih... haha insyaAllah akan kahwin hanya selepas saya telah mampu memberi kesenangan dan menjaga ibu bapa sendiri... diorang dua banyak sudah jasa dorg bah tu.. lagi2 saya anak lelaki yang bongsu yang ppn pny bongsu ada lah juga.. adik saya.., jadi, kenalah bah "kawin" sma parents saya dlu.. sara ibubapa dulu, barulah fikir mau sara dan ada keluarga sendiri.. haha tapi ni semua cakap saja ni.. tidak mustahil kalau tuhan kasi jadi saya terkapel sama org lain skg ni.. tidak mustahil juga saya terkahwin awal..as always, kita cuma merancang, Allah yang tentukan.. Tapi tidak sakit kalau kita berharap dan ada matlamat sendiri.. jadi kah tidak, itu belakang cerita.. semuanya mengenai pasal "bagaimana"..bukan "hasil"...




Apa bah lagi tu ahh..saya mau taip nih?? aduii.. (>_<) Bah yalah..itu seja lah kali... ada tambahan, nanti seja saya edit.. 

Wednesday, January 19, 2011

My oath tOwards the other gender..

sO this pOst will gOnna be anOther one of my luahan hati lah katakan.. hahax XD senang crita.. mengenai kaum hawa di mata hati ku.. bukan mata kepala ekk?? okay2.. izinkan saya mula dulu dgn pesan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sebelum baginda wafat.. 

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Junjungan kepada Nabi Muhammad sbg pesuruh Allah Subhanallahu Wataala.....

Rakan2 sekalian, disini saya ingin menegaskan pada potongan ayat "Layanilah wanita2 dgn baik dan berlemah-lembut terhadap mereka..." 

Jadi, sejak duuuluuuu lagi time sy kcik2 mmg telah menerima inspirasi lah melaui ayat ini..  kerana, Nabi Muhammad sudah memberikan kita tanggungjawab dan telah menyedari perbezaan antara kita para kaum Adam dan kaum Hawa.. bukan bertujuan untuk diskriminasi tapi ini lah hakikatnya.. namun, tidak saya katakan disini bahawa semua wanita itu lemah berbanding lelaki oleh itu kita perlu melayannya lebih special atau berhati2..tetapi, mereka lemah dalam perkara dimana kita lebih kuat tetapi juga kita pun lemah dalam perkara yang mereka, kaum hawa adalah lebih kuat.. salah satu cOntOh paling jelas, ialah mereka lah yang mengandung dan sengsara tika bersalin.. kami kaum Adam x sanggup untuk menerima beban ini.. tetapi mereka, kaum Hawa lah yang tabah mempertaruhkan nyawa kerana kasih sayangnya.. Rakan2, beberapa perbezaan antara kaum Hawa dan Adam ialah, mereka, kaum Hawa lah yang lebih kuat kasih sayangnya.. kita pula kaum Adam lah yang lebih kuat tenaga fizikal..senang crita, kita kaum Adam pun ada lemahnya dripada kaum Hawa..

Oleh itu, disni, saya ingin memberitahu persepsi dan layanan saya terhadap wanita yg berbeza dgn lelaki adalah kerana dua sebab ini..

1) Amanat Rasulullah sebelum Wafat
2) Kelemahan dan juga Kehebatan wanita

nOmbOr 1 tu mmg lah.. tapi nOmbOr 2 tu, majOriti wanita adalah lemah dalam emOsi dan tenaga fizikal.. oleh itu, mereka perlu dilayan sebaiknya untuk mengelakkan mereka terasa di hati kerana kbanyakkannya ada lah bersifat sensitif..

Jadi, adalah menjadi satu keputusan muktamad bagi ku untuk berusaha menjadi seOrang yang Gentleman.. bukan sahaja menjadi seOrang lelaki sejati yang tabah menghadapi segalanya dan seorang Khalifah yang terbaik yang x mnunjukkan sebarang kelemahan, tetapi juga seOrang yang hOrmat pada seluruh kaum Hawa dimana salah seOrang daripadanya melahirkan saya... :-)


Yup2.. Thats my mOther. hehe sorg yg slalu nmpk lebih muda drpd usia nya yg sbnr..

jadi, melaui ini, memang saya telah adOpt lah Gentleman's2 cOde yg ada..

1) Setiap kali keluar makan time jalan2 dgn rakan perempuan atau saudara ke sapa2, mesti saya akan bertegas dulu untuk membayar bil. Memang malu lah bagi seorang gentleman untuk membiarkan seOrang Lady dgn bil mknnnya sndri.



2) Setiap kali ingin masuk melalui pintu atau naik bas atau jalan2 bersama dgn seorang wanita, mesti 
a) saya akan memberi laluan - Supaya dy dpt peluang yg ada dulu.
b) bagi kwn ppn tu jalan d dpn dulu.. Supaya apabila saya berjalan d blakang dy, x akan berlaku apa2 terhadap dy klau saya jalan d dpn dy dlu n x melihat atau jaga keselamatan si kwn.. sO never turn ur back tO ladies guys.. its dangerOus anywhere..
c) dlm train, mesti akan sentiasa berdiri wlaupun ada tmpt ksong.. - xsmpai hati klau ada pnumpang wanita yg berdiri bila saya duduk! 


hehe gurauan semata! XD

3) tOlOng angkat barang yang berat atau apa2 menggunakan kekuatan fizikal.. Kalau dy ingin mminta bantuan lah.. XD


4) Akan sentiasa cakap mengenai perkara2 yang baik lah bila bercakap dgn nya.. NEVER EVER EVER! memaki atau menyumpah seranah di depannya.. dan juga x ckp mngenai perkara yg sensitif yg mungkin akan membuat dy terasa.. mcm agama atau kaum ke apa2..

5) xkkan tanya mengenai benda yang terlalu peribadi mcm tinggi atau berat atau apa2 yang dy x slesa utk mmbritahu..

6) Akan slalu bsabar dlm melayan mana2 wanita x kira sejahat atau kejam nya dy.. 

Well, buat msa ni, ini lah bbrpa dripada yg saya berusaha utk amalkan.. tapi, kta smua masih seorg manusia kan?? hehe xkkan menjadi perfect dlm apa2 benda tp akan berusaha utk terbaik dlm melayan para kaum Hawa sebaik mungkin..
Msih bnyk lagi yg saya perlu pelajari dlm belajar untuk menjadi seorang lelaki yang sebenar.. XD Thanks fOr reading guys.. appreciated it.. :-)